Selamat tinggal tahun 2008. Tahun 2008 banyak meninggalkan kenangan manis buat aku. Aku juga suka dengan angka 2008 ni..x tahu kenapa. Dulu banyak azam aku di tahun 2008, ada jugak yang tercapai..alhamdulillah, syukur. Ada jugak yang tak tercapai lagi, mungkin belum rezeki agaknya. Allah nak menguji kot. Sedih jugak nak tinggalkan tahun yang byk bagi kenangan manis ni. Tapi aku mesti melangkah ke hadapan juga. Tahun 2009 ni aku berazam nak tingkatkan kualiti diri..x kiralah dari segi aspek apapun. Aku ada lagi setahun untuk menghabiskan pengajian sarjana aku di UTHM ni. Aku akan buat yang terbaik…Kemudian aku nak tingkatkan kualiti hidup aku pula. Banyak impian aku tahun 2009 ni. Lagipun aku dah sama-sama merancang impian bersama sidia yang istimewa….Aku berharap segala impian aku akan terlaksana. Semangat berkobar-kobar ni nak meneruskan perjuangan disini. Selamat tinggal 2008..yg byk memberi seribu kenangan……
December 29, 2008
December 28, 2008
welcome back!!!!
musim ni datang dengan semangat dan azam baru!tinggal beberapa hari lagi nak melangkah ke tahun 2009. Selamat tinggal 2008!